Wawa Weirdoss
I.MISS.YOU
About Friendship link home dashboard twitter follow blogskins


credit and thankyou

Template Original made by : Jaera
Credit : css school image
Re-Edit by: Me and Sulyanie
Di sebalik mulut manis boys...(eww)
Friday, 31 May 2013 | 07:59 | 0 comments

haaaa tengok title macam gatal, miang, mengada semua adelah kan, takpe bukan kau sorang je yang rasa aku pun same sebenarnya

*manly burp*

actually ni aku baca dekat majalah yezzz majalah remaja time tok kadok yang lalu, saje belek-belek pastu ternampak artikel ini yang berceritakan soal lelaki. nampak menarik bukan? *angkat-angkat kening*

So let's check it out yawww

1.Kalau si dia kata:
 "Nanti I telefon yer"
Ertinya: Dia selesa dengan korang. Ini juga menandakan date korang sukses! kalau korang rasa yakin, apa salahnya telefon atau text dia dulu. hehehe

2. Kalau si dia kata:
 "Tak nak lah. Nanti boyfriend you marah pulak"
Ertinya: Ha, tu maknanya si dia tengah bermain kata. Cuba membaca minda korang. Dia memang sengaja bertanya begitu sebab nak tahu korang sudah berpunya atau belum. Terpulang pada korang saja nak respons macam mana.

3. Kalau si dia kata:
"I nak fokus pada study dulu."
Ertinya: Ops, sudah terang lagi bersuluh yang dia hanya mahu berkawan saja dengan korang. Jadi, cuba jangan memaksa ye. Lagi buruk jadinya nanti. Kumbang bukan seekor . . .

4. Kalau si dia kata:
"Kelakar juga kawan awak tu"
Ertinya: Ini bahaya. Sebabnya maksud sebenar dia adalah untuk meminta bantuan korang mendapatkan kawan korang. Susahlah kalau korang sendiri pun suka dekat dia. Konklusinya cari jelah boys lain.

6. Kalau si dia kata:
"I nak pergi dengan kawan I"
Ertinya: Kalau begini maksudnya dia cuba menghindari atau menjauhkan diri dari korang, tapi dengan cara tidak menyakitkan hati korang. Hurmm, tak payah terlalu berharaplah yer. Lagi-lagi kalau kata-kata ini keluar dari mulut lelaki. Lebih baik korang hang out dengan kawan-kawan je.

7. Kalau si dia kata:
"You, nanti kita jalan sekali ya?"
Ertinya: Ini jenis boys yang tidak suka berbasa basi dan selalu berterus terang. Mungkin tidak romantik, tapi selalunya sangat jujur. Tapi kalau korang tak berapa suka jenis boys begini, lebih baik terus katakan sejujurnya.

8. Kalau si dia kata:
"You pernah dengar/suka tak lagu/filem ni?"
Ertinya: Sebenarnya si dia cuba mendekati keperibadian korang. Daripada makanan sampailah kepada band, lagu dan filem kegemaran korang. Kalau minat korang sama dengannya, makin sukalah dia. Perbualan pun pasti akan jadi lebih menarik.


"Sesungguhnya boys dan girls memang berbeza pemikiran. Apa yang difikirkan boys tidak selalunya sama seperti apa yang di dalam fikiran girls. Tapi, itulah fungsinya berpasangan, supaya korang boleh saling melengkapi dan menutup kelemahan sesama sendiri. Apa yang penting, sentiasa ikut kata hati dan berusaha sehabis mampu untuk bertolak ansur dan memahami. 


no title :)
Wednesday, 29 May 2013 | 04:32 | 0 comments

aku budak asrama, so aku nak cerita sikit pengalaman akulah. aku tau macam bajet kan, kesah pulak kan? hahaha k just read.

1. Waktu riadah main explorace best wooo

Serious bagi akulah kan, best giler babeng, ade yang bau telur, berpasir, berlumpur. Aku suka part yang ade berkonsepkan "mandi" alang2 pulak time tu aku tak mandi lagi hehe.

manusia: eww so disgusting!
aku: lantak pi kat hanglah -_-

2. Dalam kebisingan itu menyeronokkan ebelibodehh

Tanya sendiri budak-budak dorm aku especially side b, apa yang kitaorang buat dalam dorm. Kitaorang selalu bising sebab tu side a bengang dengan kitaorang bising lebih-lebih lagi waktu light off wkwkwk, bising kemain. kitaorang dah biasa dah

"side b diamlah sikit"
"weyh diamlah"
"side b senyaplah orang nak tidurkan"

camtuhlah ayat-ayat nya.Sabor jelah kan side a. Lain pulak cerita aku dengan Hasna ni. Aku dengan Hasna memang takleh dekat, kalau dekat nanti mesti berdrama swasta pagi petang siang malam. Kami memang suka buat lawak bengong, orang lain tak faham, hanya kami je paham *cough. Mesti Syahira akan cakap

"Apebenda korang neyyyyyyyyyy [part neyy tu panjang sikit 6 harakat] Aku laga pale dua-dua satgi]

Mereka yang lain tu boleh tahan samdol jugak, kadang-kadang korang tengok dari pandangan pertama confirm korang pikir mereka jenis pendiam, tengok muka suci lah kan, padahal kan, kan, kan, korang akan tahu betapa sakainya mereka HAHAHA [suka pulak kan]

3. Lepaking bersama adob sista

Aku tak sure adakah ini best atau tidak, tapi aku saja masukkan sebab lantak akulah kan. Lepak dekat bawah depan bilik p.a dengan bilik tv. Siap announce lagi nama adik/akak masing-masing suruh turun bawah. Nak date. oh mannnn macam kaple plak dah, takpelah sweet kan huhu. Sembang ape je, sembang merapu ah. Semua masuk air. akak adik same je wkwkwk. Haritu aku kene buat gwiyomi, kena pahamlah kan aku keterpaksaan. Lepas dua tiga hari, adalah dua tiga manusia cakap dekat aku:

manusia: Cer buat gwiyomi sikit. 
aku: . . . . . . .. . . aaaaaaaa?


4. Buat random calls HAHA k

Dikala keboringan, aku mengajak Mai membuat random calls. Tau tak pe random calls? Hah cer kau tekan-tekan nombor dekat keypad fon kau, tekan je asalkan berbentuk seperti nombor fon. Okay faham disitu? Then tekan hijau. Kalau ade bunyi deringan tu, hah tunggu jelah sampai orang tuh angkat, tapi aku selalu dapat "Harap maaf, nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan". Siot. Kadang-kadang public yang aku guna pun macam bangla. Next, bila orang tuh dah angkat, say hello then letak terus. Haaa. itulah random calls. nampak macam kejam kan, taklah itu nakal namanya ye. hoho. Macam-macam oranglah aku dengan Mai dapat dari suara makcik cina, apek cina, budak kecik dan akak-akak. Best woo. hahah.

5. Aktiviti membuat kad

Dah nampak macam pertandingan membuat kad. Budak-budak side b aku rasa selalu sangat buat. Pantang nampak kertas warna confirm buat kad. Kadang-kadang takde tujuan nak bagi sape. Just buat, buat, buat dan buat sampailah nampak cantik. Kad yang Syahira buat memang cantik.  kreatif. Syabas. Aku dengan budak-budak side aku pun dah terikut buat kad. Kad-kad tu dibuat pun sebab nak bagi kakak angkat, kawan-kawan,  bagi warden ke kan mane tau.

6. Coz baby you're a firework!

Dua hari sebelum hari wesak, ada bunga api dekat sebelah asrama kitaorang.

nota: dibelakang asrama puteri ada taman perumahan dan aku tengok peratusan kebanyakannya indu, apa yang aku observelah kan. cehh

Time tu kitaorang dah light off, aku ingatkan diorang semua dah lelapkan mata, bila je dengar poom pam prang kro pang pang, pum pang kedebush and segala bunyinya, diorang dan aku yang tak ketinggalan sekali terus berlari ke pintu dorm dan melihat keindahan bunga api di malam hari. serious cantik doh. Aku rasa sweet moment ar time tuh. wee~ Dah habis pertunjukan yang tak kena bayaran langsung tuh, semua terus terlentang baring dan tidur.

7. Nasi lemak 2, sosej, air berkarbonat

Itulah benda yang kami makan dan minum tiap-tiap malam lepas prep. Yang selalu makannye, aku, Hasna, Dodo, Jen dan Syahira. Serious aku rasa tiap-tiap malam. Badan dah naik makan nasi lemak hari-hari. Macam mana nak buat dah sedap. huhu Memang lapor je perut ni, entah bila nak kenyangnye. Pastu beli air dengan sosej dekat rumah cikgu nasir. Ade je yang memesan kepada aku dan Tun. Memang lepas prep akan singgah situ. Confirm punyelah.



80 things bout mehhhh ! (uuuuu banyaknye....)
Tuesday, 28 May 2013 | 06:51 | 0 comments

1. i'm a human
2. hamba Allah :)
3. Anak ke 4-dari 4 siblings, yeahhh BONGSU TEAM
4. love my face
5. love my nose
6. love my lips aummm hahaha xD
7. senang cerita aku suka diri aku ihikihik k
8. suka main hidung and rambut.
9. suka buat muka annoying, kadang2 aku tak buat ape pun dorang kate aku buat muka annoying --" 
10. bau minyak petrol best!
11. very talkative and very pendiam when mood berterabur 
12. mereka mengatakan saya kuat marah, yes i am tapi susah nak marah giler2 babeng. Beza ya.
13. suka gigit bibir
14. tabiat baru , nyorok bawah katil apabila digeletek =.= [tanya sendiri member dorm gua]
15. Kaki online, kaki facebook kaki tweet kaki youtube kaki youjizz eh? silap2
16, suka blurr kadang2 tuh rasa nak bagi kaki
17. imaginasi boleh tahan tinggi jugak
18. imma lazy girl yaw 
19. geli ayat-ayat pujangga bagai , 
20. cepat terpedaya dengan godaan syaiton..HAHA 
21. tak suka dipaksa, lagi aku bebal dok paksa2 buat benda yang aku tak suka
22. suka merungut hahah , you can see how i cotcetcotcetcotcet cakap dengan diri sendiri
23. suka gelak? ya suara gelak saya kuat sangat
24. pencinta lelaki? aku lesbian ape jadahnya weyy
25. cepat nyentap ehehe 
26. kuat berangan, sebab tu jerawat selalu muncul
27. berani ada masanya, malu pun ada masanya :D
28. takut petir and kilat :/
29. love to sing *cough
30. kuat makan , eleh macam korang tak kuat makan je
31. horlicks :D yummy!
32. aku kerek, market, bajet, masalah?
33. sometimes fikir diluar jangkaan
34. pelupa saje and too clumsy and menggelabah
35. merapu, meraban, menyakai, menyenget itulah saya
36. sayang kan family dan kawan2nya
37. tiada cita-cita hanya ada impian cehhhhh
38. tiada whatsapp, tiada wechat, tiada instagram, tiada line, tiada keek :( 
39. hate backstabber , hate orang yang suka bermuka muka. Aku lempang berterabur jambang
40. manusia memang selalu buat kesilapan , yeahh i know me too 
41. penternak kuman, eww
42. sweet smile? saya senyum mereka kata tak ikhlas. 
43. malas mandi ,
44. cakap lepas jugak ,
45. suka pendam dan berkepam itu perasaan
46. ada bantal busuk suka bau.......huhu anda bagaimana?
47. cepat down
48. cepat happy balik :D
49. tak faham dengan diri sendiri
50. nak jadi kaunselor
51. nak jadi businesswoman jugak, aku kan tamak berloba loba
52. tak sedar fact fasal aku dah lebih 51
53. dan lebih 52
53. kini 53
54. aku silap diatas ini.
55. pandai2 kau ler kira sendiri.
56. gatal jugak muehehe 
57. benda pelik aku fokus tapi dalam kelas aku "rajin" -.-
58. love fashion tapi tak reti berfashion :(
59. pekak bin labang
60. caring, loving, huhuhu nak muntah rasa
61. takde kereta sports
62. bebas dari segala penyakit berbahaya
63. sederhana pembersih wuuu
64. cerewet, membebel 
65. tak suka dengar orang bebel pulak --"
66. suaraku kuat juga, 
67. wafferlover.blogspot.com ehehehe
68. tak suka cekodok, cendol, sotong goreng tepung aku ada masalah dengannya err
69. makan nasi tak sah kalau tak berterabur
70. easygoing, open minded, friendly, my behaviour based on how you treat me :)
71. ganas, banyak barang rosak sebab aku. lappy ni pun nak lingkup, bersabarlah lappy.
72. suka benda mudah, nak susah buatpe kan? 
73. hyperactive but not in sports okay.
74. suka cakap "sakai" , 
75. cepat boring.  =.=
76. if u don't know me, please don't judge me. Hanya mereka yang terdekat lebih tahu.
77. senang tidur dimana mana saja saya berada.
78. stresss, bebal, tension, aku akan nangis, wuaaaaaa sweetnye aku xD
79. suka observe orang tu camner haaaaa
80. the last fact bout me, aku tak ler baik mane, aku tak secantik mane, tapi aku jadi diri aku sendiri. I'm proud to be myself. yeah! hahah kboii


Kurus?
Friday, 24 May 2013 | 01:50 | 0 comments

Assalamualaikum ,
aaaa okay aku mendapat idea menulis setelah mata aku tertancap pada seorang wanita cina yang berjalan di hadapan rumah aku. Baru kejap tadi. Biarlah aku cerita dengan lebih terperinci lagi ya.

Kisahnya bermula begini, aku tengah sibuk melayari internet dekat depan rumah aku ni. Tiba-tiba ada seorang wanita cina berjalan dihadapan rumah aku. Aku tak boleh fokus pada lappy aku sebab mata aku terlalu fokus pada wanita cina berkenaan. Setelah wanita cina tersebut sudah hilang dari pandangan mata, dengan spontan mulut aku berkata:

"KENAPA KURUS SANGAT??"

Lantas aku berfikir. Kenapa wanita cina itu terlalu kurus. Nampak tulang kot. Dah cantik dah tapi terlampau kurus pulak. Haiyaa amoi haa lu mau wa kasi lu makan nasi lebih? wa boleh kasi. --" Aku rasa macam akak/amoi/aunty/tanter/nyonya cina tu tak cukup makan. Terseksa aku tengok keadaan macam tu.

Kenapa perlu kurus? 

"Sebab kurus itu cantik, gemuk itu tak cantik"

Itulah sebabnya, disebabkan statement diatas inilah yang menyebabkan ramai perempuan yang berotak sempit akan cuba menguruskan badan mereka sekurus yang boleh. Sampai sanggup tak makan. Makan ubat kurus yang tak tahu elok ke tidak ,main tibai je. Diet dan hanya mengambil makanan yang sangat limit. Agaknye nak kurus macam ni kot

Cantik kan kawan-kawan? -.-
Nampak macam menyiksa badan je orang yang nak kurus gila-gila bab1 ni. Bersyukurlah dengan apa yang telah diberikan kepada anda. Janganlah seksa badan sendiri nak kurus bagai. Malaysia bukannya miskin sangat sampai takde makanan nak dimakan. Makanan punya belambak, nak dibuang begitu saja. Cuba kita tengok dekat luar tu, yang kurus kering sebab tak dapat makanan. Kita ni? Bersyukurlah wahai saudara saudari semua. Nak kurus kering buat ape, cantik ke? Dah macam rangka bergerak. Sorry to saylah dah kenyataan. 

Aku pun nak kata kurus, taklah jugak. Chubby tu adelah hehe. Tipulah cakap taknak kurus, tapi kalau betul kita nak kurus, amalkanlah permakanan yang sihat, bersenam ke, lakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Nak diet tu boleh, tapi janganlah nak berdiet over sangat. Okay? 

Ada jugak yang kurus sebab keturunan tak boleh nak berisi. Itu lain ceritalah kan. Huhu. Okay rasanya itu jelah kot. Pesanan saya, nak cantik boleh, tapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Jagalah kesihatan anda semua. Aku dah macam penasihat kesihatan pulak wakaka. Papejelah. Kbye semua. 



Intro sedikit dua tiga butir
Thursday, 23 May 2013 | 07:11 | 0 comments

Disini saya ingin mengucapkan sepatah dua kata. Ehem ehem, Anda sekarang berada di territory saya. Suka atau tidak anda sudah berada di sini budak.

HAHA!

Aku tak boleh jadi serious lame-lame lah. Mesti nak tergelak wakak. Okay keoveran kekambingan disitu.
So, korang dah baca intro aku tu kira korang dah taulah yer apa motif aku tulis blog ni.
Cis, ada jugak yang masih kurang paham. Korang sekarang berada di blog aku yang kedua. 


Asal buat blog baru machaa? Ayoyo karawalley!
Sebab saya rasa blog lama saya tak famous, saya nak famous. BATAK,

Macam mana blog lama kau tu? :(
Disebabkan aku masih berperikemanusiaan aku tak buang blog aku tu, Lagipun ada banyak rahsia kerajaan dalam blog yang lama tuh

Asal macam bersepah blog baru kau ni? Benci aku tengok.
Dah kata baru buat, memang ler agak berserabut sikit. Memang sempat pun kan aku nak siapkan harini jugak. Lainlah kalau kau tolong buatkan. [eh bebal pulak]


Aku rasa aku dah menjawab segala persoalan, -..- 
Sekian terima kasih.