Wawa Weirdoss
I.MISS.YOU
About Friendship link home dashboard twitter follow blogskins


credit and thankyou

Template Original made by : Jaera
Credit : css school image
Re-Edit by: Me and Sulyanie
Older Post > | < Newer Post
Kurus?
Friday, 24 May 2013 | 01:50 | 0 comments

Assalamualaikum ,
aaaa okay aku mendapat idea menulis setelah mata aku tertancap pada seorang wanita cina yang berjalan di hadapan rumah aku. Baru kejap tadi. Biarlah aku cerita dengan lebih terperinci lagi ya.

Kisahnya bermula begini, aku tengah sibuk melayari internet dekat depan rumah aku ni. Tiba-tiba ada seorang wanita cina berjalan dihadapan rumah aku. Aku tak boleh fokus pada lappy aku sebab mata aku terlalu fokus pada wanita cina berkenaan. Setelah wanita cina tersebut sudah hilang dari pandangan mata, dengan spontan mulut aku berkata:

"KENAPA KURUS SANGAT??"

Lantas aku berfikir. Kenapa wanita cina itu terlalu kurus. Nampak tulang kot. Dah cantik dah tapi terlampau kurus pulak. Haiyaa amoi haa lu mau wa kasi lu makan nasi lebih? wa boleh kasi. --" Aku rasa macam akak/amoi/aunty/tanter/nyonya cina tu tak cukup makan. Terseksa aku tengok keadaan macam tu.

Kenapa perlu kurus? 

"Sebab kurus itu cantik, gemuk itu tak cantik"

Itulah sebabnya, disebabkan statement diatas inilah yang menyebabkan ramai perempuan yang berotak sempit akan cuba menguruskan badan mereka sekurus yang boleh. Sampai sanggup tak makan. Makan ubat kurus yang tak tahu elok ke tidak ,main tibai je. Diet dan hanya mengambil makanan yang sangat limit. Agaknye nak kurus macam ni kot

Cantik kan kawan-kawan? -.-
Nampak macam menyiksa badan je orang yang nak kurus gila-gila bab1 ni. Bersyukurlah dengan apa yang telah diberikan kepada anda. Janganlah seksa badan sendiri nak kurus bagai. Malaysia bukannya miskin sangat sampai takde makanan nak dimakan. Makanan punya belambak, nak dibuang begitu saja. Cuba kita tengok dekat luar tu, yang kurus kering sebab tak dapat makanan. Kita ni? Bersyukurlah wahai saudara saudari semua. Nak kurus kering buat ape, cantik ke? Dah macam rangka bergerak. Sorry to saylah dah kenyataan. 

Aku pun nak kata kurus, taklah jugak. Chubby tu adelah hehe. Tipulah cakap taknak kurus, tapi kalau betul kita nak kurus, amalkanlah permakanan yang sihat, bersenam ke, lakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Nak diet tu boleh, tapi janganlah nak berdiet over sangat. Okay? 

Ada jugak yang kurus sebab keturunan tak boleh nak berisi. Itu lain ceritalah kan. Huhu. Okay rasanya itu jelah kot. Pesanan saya, nak cantik boleh, tapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Jagalah kesihatan anda semua. Aku dah macam penasihat kesihatan pulak wakaka. Papejelah. Kbye semua.