Wawa Weirdoss
I.MISS.YOU
About Friendship link home dashboard twitter follow blogskins


credit and thankyou

Template Original made by : Jaera
Credit : css school image
Re-Edit by: Me and Sulyanie
Older Post >
Di sebalik mulut manis boys...(eww)
Friday, 31 May 2013 | 07:59 | 0 comments

haaaa tengok title macam gatal, miang, mengada semua adelah kan, takpe bukan kau sorang je yang rasa aku pun same sebenarnya

*manly burp*

actually ni aku baca dekat majalah yezzz majalah remaja time tok kadok yang lalu, saje belek-belek pastu ternampak artikel ini yang berceritakan soal lelaki. nampak menarik bukan? *angkat-angkat kening*

So let's check it out yawww

1.Kalau si dia kata:
 "Nanti I telefon yer"
Ertinya: Dia selesa dengan korang. Ini juga menandakan date korang sukses! kalau korang rasa yakin, apa salahnya telefon atau text dia dulu. hehehe

2. Kalau si dia kata:
 "Tak nak lah. Nanti boyfriend you marah pulak"
Ertinya: Ha, tu maknanya si dia tengah bermain kata. Cuba membaca minda korang. Dia memang sengaja bertanya begitu sebab nak tahu korang sudah berpunya atau belum. Terpulang pada korang saja nak respons macam mana.

3. Kalau si dia kata:
"I nak fokus pada study dulu."
Ertinya: Ops, sudah terang lagi bersuluh yang dia hanya mahu berkawan saja dengan korang. Jadi, cuba jangan memaksa ye. Lagi buruk jadinya nanti. Kumbang bukan seekor . . .

4. Kalau si dia kata:
"Kelakar juga kawan awak tu"
Ertinya: Ini bahaya. Sebabnya maksud sebenar dia adalah untuk meminta bantuan korang mendapatkan kawan korang. Susahlah kalau korang sendiri pun suka dekat dia. Konklusinya cari jelah boys lain.

6. Kalau si dia kata:
"I nak pergi dengan kawan I"
Ertinya: Kalau begini maksudnya dia cuba menghindari atau menjauhkan diri dari korang, tapi dengan cara tidak menyakitkan hati korang. Hurmm, tak payah terlalu berharaplah yer. Lagi-lagi kalau kata-kata ini keluar dari mulut lelaki. Lebih baik korang hang out dengan kawan-kawan je.

7. Kalau si dia kata:
"You, nanti kita jalan sekali ya?"
Ertinya: Ini jenis boys yang tidak suka berbasa basi dan selalu berterus terang. Mungkin tidak romantik, tapi selalunya sangat jujur. Tapi kalau korang tak berapa suka jenis boys begini, lebih baik terus katakan sejujurnya.

8. Kalau si dia kata:
"You pernah dengar/suka tak lagu/filem ni?"
Ertinya: Sebenarnya si dia cuba mendekati keperibadian korang. Daripada makanan sampailah kepada band, lagu dan filem kegemaran korang. Kalau minat korang sama dengannya, makin sukalah dia. Perbualan pun pasti akan jadi lebih menarik.


"Sesungguhnya boys dan girls memang berbeza pemikiran. Apa yang difikirkan boys tidak selalunya sama seperti apa yang di dalam fikiran girls. Tapi, itulah fungsinya berpasangan, supaya korang boleh saling melengkapi dan menutup kelemahan sesama sendiri. Apa yang penting, sentiasa ikut kata hati dan berusaha sehabis mampu untuk bertolak ansur dan memahami.